Top 5 My Favourite Korean Variety Shows

May 2, 2016

top 5 favourite korean variety shows


HI!



Banyak pulak post pasal K-pop dalam blog kita kali ni kan? Maaf lah, sekarang ni bila dah bekerja ni stress tinggi yang amat, jadi tengok Korean drama, Korean Variety Shows salah satu nak hilangkan tekanan. Jadi, hari ni kita nak kongsi dengan korang Top 5 Favourite Korean Variety Shows yang paling kita suka tengok! :)

  1. Running Man
top 5 favourite korean variety shows

Siapa je tak tengok Running Man ni kan? Semua orang mesti tengok kan? Kita ni tak ada lah dari tahun pertama dorang mula kita dah tengok, kita mula tengok lepas habis degree tahun 2013, barulah berkesempatan nak tengok terus jatuh cinta dengan Running Man. hehe Lambat betul kita ni kan? Sampai sekarang tiap minggu tunggu episod baru Running Man!.

2. The Return of Superman

top 5 favourite korean variety shows

Untuk show yang ni, kita baru tengok tahun lepas, tengok sebab Daehan, Minguk, Manse. Alah, triplets yang comel gila tuh. Geram gila tengok dia orang tiga. Tapi bukan triplets je kita tengok, semua baby dalam show tuh kita tengok, comel sangat!! Adakah kita perlu kahwin secepat yang mungkin? Tapi calon tak ada lagi. Citt hahaha

3. Shinhwa Broadcast

top 5 favourite korean variety shows

Since, kita ni peminat Shinhwa, of course variety show dia kita tengok! Gigih lah mencari tiap episod dia orang. Hah! Kita suka keenam-enam ahli Shinhwa ni tapi paling kita suka Andy lah. hehe Dia orang ni pun pernah masuk Running Man 2 kali, kalau korang perasan lah kan. 

4. 2 Days 1 Night

top 5 favourite korean variety shows


Variety Shows yang ni pun boleh tahan seronok dan kelakar. Game-game dorang memang cool gila and tiap minggu ada topic yang best untuk ditonton. Tapi kita sebenarnya baru mula tengok, baru beberapa episod untuk season 3. Antara game paling nak tengok ialah game untuk pilih tempat tidur - either indoor (bilik) atau luar(khemah). Suka tengok show yang ni sebab banyak tunjuk makanan, perut pun boleh berkeroncong bila tengok dia orang makan! kehkehkeh

5. Infinity Challenge

top 5 favourite korean variety shows



Untuk shows yang ni, episod paling best sekali episod 'Part Time Job'. Yang mana, dorang kena assign untuk buat kerja di negara-negara yang dipilih. Overall, memang seronok juga untuk ditonton.


Hah, ni lah antara Top 5 Korean Variety Shows, Favourite kita. Yang kita sentiasa tengok sampai sekarang. :) Korang punya apa pulak?


Love, 
FatinaMdzfr

10 comments

  1. i pun suka running man! i rasa running man je k-variety show yg i tengok layan hihi sebab i bukan peminat tegar kpop pun but lagu2 dia ada jgk yg best2 :D

    ReplyDelete
  2. anis suka tengok Happy Together ^^

    ReplyDelete
  3. Lenne : Tuh lah running man tuh lah kira 1st variety show yg kita melekat pulak sampai sekarang hehe :)

    Bella: Fatin pun suka tengok jugak Happy Together hehe :D

    ReplyDelete
  4. 2D1N bestttt haha :D Season dia yg awal2 memang best.

    ReplyDelete
  5. Saf: betul betul. Tak sabar nak tengok episod yang lain2 ni hehe :D

    ReplyDelete
  6. 2D1N tu best eh? selalu je nampak kshowonline upload show ni tapi belum pernah tengok lagi. try tengok same bed different dreams. host dia yoo jae suk. lawak mmg lawak tapi banyak pengajaran show tu,serious best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. 2D1N ni tuh so far sangat interesting, geli hati jugak tengok. Trylah tengok hehe :) yeke? okay nanti fatin tengok same bed different dreams tuh pulak hehe :D

    ReplyDelete
  8. my fave is the return of superman, while yg lain tu so so je :D
    and I am one of those rare ppl yg xsuke runningman :D

    ReplyDelete
  9. oh wahh, memang rare ni hehe :)

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by Fearne.