Resepi: Sos Prego

May 31, 2016

Hi,



resepi sos prego



Kembali lagi ke rancangan memasak bersama Fatin. Eh? Okay over sungguh Fatin ni. hihi Okay lah sebenarnya Fatin nak kongsi resepi membuat Sos Prego ni. Alaa, sos untuk spaghetti tuh, untuk lasagna pun ye juga and even makan dengan roti pun boleh saja. Okay lah. Jom Fatin mulakan! Mari ;)





resepi sos prego


Haaaaa..sorrylah gambarnya kurang memuaskan. Itulah, sos prego serta roti. Sedapnya. Craving pula. Resepinya. jeng jeng jeng....



Bahan - Bahan

1 Botol sos prego
1 biji Bawang Merah
5/6 biji Bawang Putih
3 inci Halia
Daging Cincang
Mushroom Button
Cili Kering yang dikisar
Garam 
Gula


Cara Memasak


  • Tumbukkan bawang merah, bawang putih, dan halia. The best way to cook! :D

  • Panaskan periuk. Minyak lebih sedikit dan masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk. Goreng sehingga naik bau.

  • Kemudian, masukkan cili kering yang sudah dikisar itu dalam 3 sudu besar dan tunggu sehingga cili itu dimasak dengan garing dan tiada bau cili yang dikisar itu.

  • Masukkan pula daging cincang. Ratakannya di dalam periuk tersebut.

  • Setelah itu, masukkan pula mushroom button yang sudah dicuci dengan bersihnya!

  • Tambahkan juga garam dan gula secukup rasa.

  • Biarkan di api dapur dalam 10 minit lagi dengan api yang paling perlahan.

  • Lepas itu, boleh makan! Nyummmmm



Simple kan resepi kali ni? Fatin bagi je nama Sos Prego sebab tak tahu nak bagi nama apa. hihi Sos prego ni boleh dimakan dengan pelbagai cara tau. Dengan spaghetti boleh, roti bakar boleh, lasagna boleh. Apa lagi? Haaa. Dijamin sedap!


Okaylah, Fatin sebenarnya otak tengah bingung sedikit ni. Dek kerana, Khamis ni ada 2 interview. Pagi dengan tengahari. Allah nervous sungguh kita. Doakan Fatin dapat lakukan yang terbaik untuk kedua-dua interview ni ye. Insha Allah amin ya rabb. Thank you. Good night :*



Love,
FatinaMdzfr

13 comments

  1. nampak sedap. sy belum pernah beli sos ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sos apa apa pun okay je lepas tuh modified sikit :D

      Delete
  2. rindunya daging cincang T___T

    all the best interview! moga dimudahkan :)

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti balik Malaysia, buat tau! :D

      insha Allah..thank you so much hanis :')

      Delete
  3. Replies
    1. sedappppp snagat. claudy cepat masak hihi :p

      Delete
  4. nice recipe..ll try soon insyaallah..=)

    ReplyDelete
  5. sonang jeee. nak cuba la nnt hehe. tq fr sharing <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sonang jaa! selamat mencuba, farah! your welcome :D

      Delete
  6. tambah cili kering baru lah kick kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul baru lah makin kick! yummy! ;D

      Delete
  7. tengah puasa ni bila tengok post ni rasa macam nak makan satu botol...huhuhuhuh lapanyaaaaa haha

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by Fearne.