Resepi: Asam Pedas Daging/Tulang

May 12, 2016

Hi!


resepi asam pedas daging/tulang


Hari ini Fatin nak kongsi dengan korang semua Resepi: Asam Pedas Daging campur Tulang. Favourite iols ni tau. Tapi sorry Fatin tak sempat nak ambil gambar Asam Pedas dah habis dimakan. Biasalah bila tengok Asam Pedas ni gadget semua tolak jauh lah. Hihi Okay, jom mulakan? :)




Bahan-bahan

4 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci belacan
Daun Limau
Cili Kering yang dikisar
Air Rebusan Daging/Tulang
Gula
Garam
1/2 Daging + Tulang


Cara Memasak


  • Rebus cili kering terlebih dahulu. Setelas rebus, hendaklah diblendkan guna blender lah. Fatin selalu panggil cili mesin jer haha ._.

  • Sebelum nak masak asam pedas, kita rebus daging dengan tulang tadi. Api perlahan. Rebuslah dalam sejam. Fatin rebus sejam untuk lembutkan daging. Barulah syok nak makan kan! Lagipun sebab pakai braces ni tak boleh makan yang keras sangat. haa gitu.

  • Sementara tunggu daging dan tulang direbus. Kita tumbuk bawang kecil, bawang putih, halia, belacan dengan 5 helai daun limau dan 2 sudu kecik garam. Sedap kau bila tumbuk ni baru nikmat! 

  • Setelah selesai menumbuk bahan-bahan tadi, masukkan dalam periuk yang dah dipanaskan(kena lah panaskan, apalah Fatin ni hihi). Minyak jangan letak banyak sangat, cukuplah menutupi keliling periuk tuh lebih sikit je. Goreng sehingga naik bau.

  • Dah naik bau tuh, dah rasa pastinya bahan tadi dah masak, masukkan pulak cili kering yang dah dimesin. Masuklah dalam 2 senduk. Senduk Fatin ni tak besar sangat, kecik lah, tapi macam family Fatin, kitaorang suka pedas, jadi masuk lebih sikitlah. Masak sehingga cili tuh dah garing dan tak ada bau cili mesin. Bau yang lazatlah gitu. Tambahkan lagi 5/6 helai daun limau.

  • Dah pasti cili tuh dah cukup garing, masukkan 2/3 sudu gula. Kalau nak rasa manis sikit masuklah 3 sudu.

  • Lepas tu, masuk daging dengan tulang perlahan-lahan dalam periuk, dan masukkan juga air rebusan tersebut.

  • Biarkan ianya mendidih. Api letak paling perlahan sekali. Dalam setengah jam gitu. Sambil tunggu asam pedas ni masak, jenguk-jenguklah asam pedas dan rasa, kalau kurang perasa tambahlah garam sikit. Kalau kurang manis tambahlah gula.

  • Dah selesai semua, bolehlah makan! Yay!

Yang ni cara Mama Fatin ajar lah. Sebab nenek & atuk Fatin memang pure Melaka. Fatin pun baru belajar juga masak asam pedas ni, kalau bab masak sayur Fatin memang powerlah, tapi apa salahnya mencubakan. Practice makes perfect. hehe

Oh ye, Daun Limau tuh Fatin suka letak banyak sebab sedap dan baunya memang wangi. By the way, Mama Fatin kata awet muda tau makan daun limau. Katanya hiks

Selamat mencuba dan selamat memasak! :)



Love,
FatinaMdzfr

18 comments

  1. Waaahh boleh try buat ni hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jemput cuba nanti boleh kongsi macam mana hehe :D

      Delete
  2. alamak sedapnya....... craving ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkannn...cepat masak hihi :D

      Delete
  3. ahhh so yummm. omonomnom. rindu makanan Malaysia TT.TT

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak balik malaysia ke? ke claudy duduk us terus? alolo balik sini makan byk2 hehe :D

      Delete
    2. Kind of terus duduk us, balik pun tapi lama lagi TT.TT bulan oct balik kot. memang balik sana nanti nak food hunt haha

      Delete
    3. haaa...balik sini food hunting puas puas since banyak juga restaurant baru jugak kat sini dah haa hehe :D

      Delete
    4. emmm tak best food hunting sorang2 hahaha xD

      Delete
    5. if fatin tak busy time tuh, jom lah food hunting sama2..fatin pun tak ada geng tau nak food hunting kat sini, boring hehehe :D

      Delete
    6. Tak best makan sorang2 kan xD tak boleh nak melahap hhihi. Okay, then claudy bawa chamomile tea dari sini xP

      Delete
    7. boring gila nanti orang asyik pandang je, kesian tengok budak ni makan sorang2 hahah :P alright cun itu! :D

      Delete
  4. dapat daging tetel lagi laa...fuhhhh~

    ReplyDelete
  5. mcm nice jek resepi ni,

    tetiba tertelan air liur membayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe boleh cuba gitu..kita pun terasa nak buat pulak hehe :D

      Delete

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by Fearne.