Petua Tumit

January 14, 2014

Assalamualaikum,






Hari ini Fatin nak kongsi dengan korang semua tentang tumit kaki kita semua. Bukan kecantikan pada muka, tangan, rambut, dan badan je kita kena jaga kecantikkannya tapi tumit kaki pun penting tau. Pernah tak korang tengok tumit kaki korang pecah-pecah? Lepas tuh ada keras-keras, ada merekah juga, nak jalan pun sakit, pernah alami tak? Fatin ada alaminya, memang stress lah selalu ambil ketip kuku tuh kita ketipkan je untuk buang nya tapi jadi tak cantik lah kaki kita kan. Kaki merekah ni tak semestinya terjadi pada golongan yang berusia tapi pada golongan muda macam kita jugak tau haaa.  Jadi, hari ini Fatin ingat nak kongsi dengan korang beberapa petua untuk kecantikkan tumit kaki kita. hehe Gembira tak? Teruja tak? hehe Mari kita mulakan eh :)



Sebelum Fatin kongsi petuanya, Fatin nak kongsi dengan korang semua apa yang Fatin jumpa dalam internet, tentang punca atau sebab terjadinya tumit kaki merekah.

1. Ianya adalah disebabkan kulit kita kering.
2. Pemakaian kasut yang tidak sesuai dengan kaki kita.
3. Ada alahan pada simen dan jugak atau sabun yang digunakan.
4. Disebabkan kita abai dalam menjaga kaki kita sendiri.


Jadi, dah tahukan punca-punca yang buat tumit kaki merekah? Sekarang Fatin kongsi dengan anda petua/tips dalam menjaga kecantikkan tumit kaki kita. Mari kita mulakannya.


1. Sapu losyen pada tumit kaki

Bukan sahaja kita sapu losyen pada badan dan tangan nak bagi lembut, tumit kaki pun kena tau. Fatin sentiasa amalkan yang ni sejak tengok kaki merekah dan Alhamdulillah tumit kaki Fatin beransur lembut tapi bukan sekejap tuh je tau, dia hilang merekah, ambil masa jugak dan kena setiap malam letak losyen lah, jangan skip tau hehe dan pilihlah losyen yang untuk "skin repair".

2. Berus tumit kaki waktu mandi denagn ubat gigi

Jangan gunakan berus toilet tak pun berus baju tuh pulak, rosak pulak tumit kaki nanti hihihi Seeloknya beli lah berus yang bersesuaian dengan kulit kita, ada jual kat Watson/Guardian atau dekat supermarket pun ada, yang macam scrub tuh. Selepas habis mandi, gosoklah tumit kaki dengan sedikit ubat gigi, gosok dalam 10 ke 15 minit, kalau boleh buat setiap hari.

3. Pilih tapak kasut yang lembut dan bersesuaian dengan kaki kita

Yang ni memang wajib kena buat! Haa. Kalau nak pakai kasut tumit tingi, mestilah pilih yang betul-betul selesa dan tidak terlalu tinggi tapi kalau nak pakai kasut yang tinggi jugak, pakaila sebulan dalam 3 kali je ke, atau depends pada anda semualah, jangan setiap hari, sebab tekanan pakai kasut tinggi ni, bak kata ibu saya, jatuh pada tumit kaki kita sebab tuh jadi merekah. Pilih yang bersesuaian dan kalau boleh tapak yang lembut.

4. Rendaman dalam air suam bersama perahan limau nipis atau asam keping atau kedua-duanya

Petua yang ni Fatin belum cuba lagi tapi insyaAllah akan dicuba hehe Mula-mula letak air suam dalam baldi, letak perahan limau nipis atau asam keping atau boleh jugak letak kedua-duanya (sebab Fatin tengok ada dalam internet boleh letak dua-dua), rendamkan kaki anda dalam setengah jam. Kemudian, keringkan kaki anda, lap dengan tuala yang bersih. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih baik.

5. Jika anda alah dengan simen/lantai, pakai selipar

Pada sesiapa yang ada alahan pada simen atau lantai, bolehlah pakai selipar yang comel yang dijual di kedai-kedai tuh tau.






Okay itu lah diantara beberapa petua/tips dalam merawat rekahan tumit kaki. Fatin pilih yang mana senang untuk kita semua lakukan. InsyaAllah dengan izin Allah swt, kaki kita akan pulih dan lembut. Sama-samalah kita praktikkan, okay? Selamat mencuba dan selamat berjaya! :)




Love,
FatinaMdzfr

4 comments

  1. Thanks for share dear..boleh la di praktikkan utk jaga tumit kaki lepas ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ur welcome dear :) sama2 kita praktikkan ye :D

      Delete
  2. pakai sliper mcm paling mudah selamat dan comel. haha
    thanks for the tipsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tuhh. comel comel je kat rumah nati kan hehe :D welcome dear ;)

      Delete

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by Fearne.