Tips menghilangkan senggugut

December 2, 2013

Assalamualaikum,



Hari ni Fatin nak kongsi dengan kawan-kawan semua tentang senggugut dan tips menghadapi senggugut ni macam mana nak kurangkannya. Gitu. hehe Okay jom mulakan :)

Definisi Senggugut.

Definisi senggugut ni mengikut wikipedia ia merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS, the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life". Senggugut ni adalah kesakitan yang dialam dibawah perut atau pelvis semasa datang haid. Simptom senggugut ini dialami dari zaman semasa anak gadis hingga menjadi seorang ibu. Haa, nampak tak benda ini terjadi semua peringkat umur tau. Senggugut ni terjadi sewaktu permulaan haid kita. Selalunya simptom senggugut ini terjadi sehari sebelum period selama sehari ke dua hari tapi ada yang berlanjutan sehingga habis tempoh haidnya. Tetapi ianya tidak selalu berlaku setiap kali kita period mungkin berselang seli. Ada juga yang kena simptom ini dengan teruk sampai tak mampu nak bangun dan ada pulak yang kena sederhana atau kurang sakitnya. 



Tahukah anda mengapa terjadinya senggugut?

Senggugut ini terjadi kerana penguncupan dinding rahim yang begitu kuat. Ini adalah kerana, ia adalah merupakan proses untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu yang terdiri daripada selaput endometrium yang perlu dikeluarkan mengikut saluran pangkal rahim kita.


Apakah simptom-simptom yang dialami ketika PMS singkatan bagi Pre-Menstrual Syndrome?
  • Kejang perut
  • Perut kembung
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Rasa bimbang
  • Jerawat
  • Mood berubah-ubah atau mood swing
  • Sakit sendi atau otot
  • Peningkatan masalah kulit sedia ada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)



Tips-tips hilangkan rasa senggugut.
*Ada banyak tips sebenarnya tapi Fatin amik yang mana Fatin rasa senang untuk kita semua lakukan, okay?*

  1. Bersenam dengan cara berjalan atau berlari dapat kurangkan rasa kesakitan yang dialami. Dengan cara ini, ia dapat membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan, sebabnya waktu kita bersenam kita akan melepaskan endorphin bagi mengurangkan kesakitan yang dialami
  2. Minum teh. 
  3. Tidur juga salah satu cara untuk menghilangkan rasa sakit. *Fatin selalu buat yang ni hehe*
  4. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda.


Ikutkan banyak sebenarnya tips tau. Cara tradisional dan moden. Ada jugak yang ambil pil panadol menstrual tuh tapi Fatin tak makan sebab Fatin ni penakut nak telan pil dan tak suka betul makan ubat. Tips yang Fatin bagi kat atas ni yang selalu Fatin buatlah. :) 


Okay sampai disini sahajalah info yang Fatin dapat berikan sebab Fatin pun tengah mengalaminya sekarang sambil google tips nak hilangkan senggugut ni Fatin share sekali dengan korang. Minta maaf andai informasinya kurang sebab Fatin cuma ambil yang mana yang penting sahaja. :) Moga ianya bermanfaat buat kita semua. :)



Love,
FatinaMdzfr


6 comments

  1. Replies
    1. welcome Afiqah, hopefully membantu :)

      Delete
  2. Eh, memang tengah rasa pon sekarang ni. Tengok2 ada tips pulak. Terima kasih ya. Boleh dipraktikkan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sama-sama kita praktikkan :)

      Delete
  3. Fiza sapu minyak panas jer.. pastu duduk diam2.. sape kacau mmg abehla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul tuhh, Fatin pun terlupa hal yang tuh hehe itula pasal sapa tegur haihh kene setepek jela kan hehe :p

      Delete

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by Fearne.