Resepi: Nasi Minyak

November 24, 2013

Assalamualaikum dan hai semua,


Harini sebenarnya hari jadi adik Fatin yang bongsu yang ke-dua belas tahun. Selamat hari jadi Baby, kakak sayang sangat kat baby. Kami semua sayang kat baby. Moga baby akan berjaya dan dirahmati Allah swt dan sentiasa dibawah linduganNya. Jangan nakal-nakal okay baby? Jadi, Fatin dengan Mama decide nak masak Nasi Minyak dengan Ayam masak Merah dan jugak jelatah. Ada jugak lauk tambahan iaitu Brocoli Garlic. 


Nasi Minyak

Bahan-bahan
4 pot nasi (kita pakai beras biasa je tak pakai basmathi tuh)
1 biji Bawang besar - dihiris halus
2 ulas bawah putih Bawang Putih - dihiris halus
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
Susu cair
Garam
Kunyit/Pewarna kuning (Fatin guna kunyit je senang sikit)
Minyak
Planta

Cara-cara penyediaannya

1. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dan 1 sudu kecil planta, masukkan bawang besar, bawang putih dan jugak bunga lawang dan kulit kayu manis, goreng sehingga naik bau. *kita tak ada buah pelaga dengan bunga cengkih, kalo korang ada, boleh masukkan*
2. Masukkan beras dan jugak air, kacau sehingga rata. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan susu cair mengikut korang punya citarasa. Kita letak separuh susu cair dalam tin tuh. 
4. Masukkan sedikit sahaja kunyit dan kacau hingga sebati. Kalau guna pewarna titiskan sedikit ke dalamnya.
5. Pastu angkat pot tuh masukkan tempat rice cooker korang make sure korang selalu check bila dia dah terangkat, korang kena kacau kacau dia takut ada yang tak masakkan.
6. Kalau nak bagi wangi lagi boleh tambah daun pandan. 

*Nak tambah kismis boleh, cuma kali ni kita masukkan*

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1kg Ayam
4 Ulas bawang merah
1 Ulas bawang putih
Halia
Cili kering
Serai
Garam
Gula *Kalau tak nak letak gula pun tak apa, yang ni kita nak bagi pedas pedas manis sikit*

Cara-cara penyediaannya

1. Masukkan semua bawang merah, bawang putih, halia, serai dan juga cili kering ke dalam blender, blend sehingga hancur semuannya. *Kalau nak tumbuk boleh juga*
2. Panaskan kuali, masukkan minyak, gorengkan semua ayam yang sudah digaul dengan kunyit. Letak tepi ayam yang sudah digoreng.
3. Masukkan bahan-bahan yang ditumis tadi, campur garam dan sedikit gula goreng sehingga naik bau. 
4. Masukkan ayam dan gaul sehingga rata dan masak.


Jelatah

Bahan-bahan
Nenas
Timun
Bawang Besar
Cili Merah
Cili Padi
Garam
Gula

Cara-cara Penyediaannya

1. Potong semua nenas, bawang besar, timun, cili merah dan cili padi menjadi saiz kecil.
2. Masukkan semua dalam bekas, gaul dengan garam dan gula.
3. Simpankan dalam peti ais buat seketika.


Brocolli Garlic

Bahan-bahan
Brocolli
3 Ulas bawang putih
1/3 kiub ayam


Cara-cara Penyediaannya
1. Tumbuk bawang putih dengan kiub ayam.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masukkan brocolli dan gaul sehingga rata.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga brocolli lembut.


Haaa ini lah dia bahan-bahan semua. Harap-harap ianya membantu korang juga. Kalau korang buat nanti jangan  lupa tinggalkan komen disini tau. :)



Love, 
FatinaMdzfr

Post a Comment

Latest Instagrams

© Fatina Mudz. Design by Fearne.