Dunia Praktikal Episode 2

November 24, 2013

Assalamualaikum dan hai semua,





Ingat tak harituh kita punya entri tentang Dunia praktikal episode 1? Kalau tak baca lagi, boleh klik kat situ. So, harini Fatin nak sambung cerita tentang Dunia Praktikal yang sedang Fatin jalani ni. Haritu Fatin stop sampai ade sesuatu keputusan yang Fatin buat kan? Nak tau apa keputusan dia tuh?

Sebenarnya Fatin amik keputusan untuk berhenti dari buat praktikal kat situ. Memang seronok ada elaun tapi Fatin rasa Fatin tak mampu lagi nak tampung tahap stress kerja yang kena achieve target sales dorang sebab dalam buat praktikal ni Fatin kena buat Thesis tau. Jadi, lepas balik rumah Fatin cakap dengan Mama dan Babah tentang hal tuh, dorang setuju untuk Fatin tukar tempat praktikal sebab dorang pun risau takut thesis Fatin terbengkalai.

So, esoknya bersamaan 30 Julai 2013, Fatin gamble je call tempat praktikal lama tuh cakap Fatin nak berhenti, fuh nasib baik dorang tak banyak kata dorang bagi sahaja. Pastu kawan fatin ni offer tempat praktikal dia cuma kat situ tiada elaun tapi dekat dengan sangat dengan rumah dan UiTM, tanpa fikir panjang Fatin terus terima jelah. Dan call UiTM bagi tau apa yang berlaku semua, mujur dorang faham dan luluskan permohonan saya itu.

Jadi, bermula kehidupan praktikal di tempat baru yang banyak sangat onak dan duri dan juga ada sikit kemanisannya. Syarikat yang Fatin pergi sekarang ni, syarikat printing & publishing and also travelling plus event yang mana dorang buat kad, banner, pamphlet, travel ke overseas, mostly Beijing untuk tahun ni lah. Next year, dengar cerita ke Korea pulak. So, Fatin banyak tolong cari customer lah untuk sesapa yang berminat untuk buat printing & publishing seperti kad dan semualah yang berkaitan campur handle event jugak.


Kerja semua Alhamdulillah, Fatin suka dan okay je nak siapkan kerja, plus Thesis Fatin tak ada lah terganggu sangat. Tapi. Ada tapi tuh. Masalahnya perangai bos syarikat tuh haaa. Nak tau kenapa dengan perangai dia tuh?Kita tunggu next entry boleh? Karang panjang panjang korang tak larat nak baca, kesian korang nanti, hehehe

Nanti Fatin sambung cerita dalam next post, okay? Tunggu tau. jeng jeng jeng




Love,
FatinaMdzfr

Post a Comment

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by Fearne.